muzik10 CARREFOUR - 8/5/2010

Friday, June 5, 2009

Cerita Hangat Di MUZIKfm....

Skodeng - Skodeng Bersama Cik Meen... hangat!!!!

Ingat untuk mengetahui cerita hangat dan terbaru menerusi MUZIKfm... dengarkan muzikpagi bersama DJ Azura Lisa dan DJ Muaz. Ada macam-macam dan yang istimewanya ialah gosip artis terkini dan mendahului akhbar tempatan di Malaysia.... dengar Skodeng-Skodeng Bersama Cik Meen. Pelbagai cerita hangat, menarik dan terkini untuk anda ketahui.... muzikpagi@MUZIKfm sudah semestinya yang terbaik dan terbaru untuk anda...

Thursday, June 4, 2009

Radio Di Lokasi MUZIKfm

Antara aktiviti Radio Di Lokasi MUZIKfm yang akan diadakan dalam masa terdekat ialah ;

muzik10@MUZIKfm di Lokasi

Tarikh : 21 Jun 2009 / Ahad

Masa : 2 - 5 petang

Lokasi : Giant, Shah Alam, Selangor.

Fiesta MUZIKfm

Tarikh : 28 Jun 2009 / Ahad

Tempat : Mahkota Parade, Melaka

Artis : Yabang(Khalifah), Pija dan Awiera

Program ini adalah dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Malaysia

Karnival & Konsert Rakan Semua MUZIKfm

Tarikh : 3 - 5 Julai 2009

Tempat : Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Artis : Mus (May), Adam, Faizal Tahir, Felix, Aizat, Marsha dan Pija

Program ini dengan kerjasama UGMAP & Event

Santai Bersama MUZIKfm

Tarikh : 9 - 11 Julai 2009

Tempat : Kampung Teluk Ketapang, Terengganu.

Kajian Dalaman MUZIKfm (focus group)

Anda yang kami cari...

MUZIKfm akan membuat kajian dalaman secara menyeluruh. Kepada anda yang berminat dan ingin menjadi sebahagian daripada anggota yang akan membantu serta terlibat dalam kajian tersebut(focus group MUZIKfm)  sila berikan nama dan nombor telefon anda kepada Pn. Masnah Abdul ditalian 03   atau e-mailkan ke muzikfmblog@gmail.com atau sms ke nombor 32776 (taip sms jarak taipkan maklumat seperti yang diminta dan hantar ke 32776). Sertakan juga umur,  bidang tugas anda dan kawasan / tempat kediaman anda. 

Contonya ;

Nama   :   Masnah Abdul

Umur   :   21 tahun

Bidang Tugas   :   Awam / Swasta / Sendiri

Kawasan Kediaman   :   Kuala Lumpur / Petaling Jaya / Klang / Gombak / Putrajaya...

Monday, June 1, 2009

GAMBAR KENANGAN




DJ dan Segmen di MUZIKfm

Mulai 1 Jun 2009 sedikit perubahan dalam percaturan DJ-DJ MUZIKfm, ini melibatkan perubahan pada DJ - DJ yang mengendalikan slot atau segmen di MUZIKfm. berikut adalah DJ-DJ yang mengendalikan segmen /slot di MUZIKfm.





Rock selamba - DJ K-Roll & DJ Ridz


Pilihan Bersama - DJ Dyan, DJ Shila & DJ Odey

Pilihan Bersama / Geng-Geng Tengahmalam - DJ Ady Silantra & DJ Akram

Sunday, May 31, 2009

Terkini MUZIKfm

Radio Malaysia MUZIKfm...

Mulai 1 Jun 2009 MUZIKfm dikenali dengan nama Radio Malaysia MUZIKfm. Dengan perubahan pada nama tersebut diharap akan dapat memberikan nafas yang lebih segar pada stesen MUZIKfm. Diharap dengan baharu tersebut akan menyuntikkn semangat baru buat semua warga MUZIKfm.

DJ Lynn Zainol bersara...

Mulai 1 Jun 2009 juga DJ yang bersuara manja di MUZIKfm siapa lagi kalau bukan DJ Lynn Zainol tidak lagi bersama stesen MUZIKfm lantaran beliau perlu memberikan komitmen yang lebih pada tugas-tugas lain. Kita doakan moga DJ Lynn Zainol akan bertambah suksess dalam apa juga bidang yang dia ceburi...

Senarai DJ terkini MUZIKfm

DJ Masnah Abdul, DJ Hanna, DJ, K-Roll, DJ Dyan, DJ Shila, DJ Ariel, DJ Azura Lisa, DJ Ady Silantra, DJ Chenta, DJ Odey, DJ Ridz, DJ Muaz dan DJ Akram.