Krew Muzikfm terdiri daripada Azaril Ameer selaku Penerbit DJ Corner, Zima Shariza, Azura Lisa, Odey dan Zahrah serta Lynn Zainol yang telah kembali menyertai Muzikfm. Turut serta memberi sokongan Pn. Fee, Pengurus Muzikfm. Selain DJ Corner kami turut membuka gerai jualan T-Shirt Muzikfm yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat dan orang ramai. Peminat bertuah berpeluang membuat permintaan lagu menerusi segmen Pilihan Bersama pada Hari Rabu, 11 November 2009 bersama DJ Odey!
Terima kasih di atas sokongan anda!