muzik10 CARREFOUR - 8/5/2010

Thursday, October 29, 2009

GEGAR GENERASIKU!!!!!!!

Haaa...terkini @MUZIKfm...


Anda peminat kumpulan INDIE???

Jom datang beramai-ramai, ajak kawan-kawan,sedara-mara, adik-beradik dan semua yang anda kenallah untuk memeriahkan program GEGAR GENERASIKU di Padang Semarak, Angkasapuri, Kuala Lumpur, dari jam 9.00pg-12.00t/mlm.












Peluang untuk anda saksikan persembahan LIVE daripada BUNKFACE, ONE NATION EMCEES, PESAWAT, ESTRANGED, AIZAT dan ramai lagi....

Turut diadakan pameran kenderaan bermotor, pemberian topi kaledar percuma oleh pihak JKJR, pertandingan tarian SHUFFLE, ujibakat pengacara TV, pertandingan tarik tali, dan banyak lagi!!!


Paling menarik, krew-krew MUZIKfm akan turut memeriahkan program tersebut..Peluang untuk anda dapatkan pelbagai cenderamata daripada kami, ada juga hadiah LUMAYAN bagi pemenang pertandingan KARAOKE, kuiz dan macam-macam lagi..

Jadi, apa tunggu lagi...jom sertai kami di GEGAR GENERASIKU!!!!

Jumpa anda di sana!!!

Wednesday, October 28, 2009

KEMERIAHAN muzik10 DI LOKASI GIANT KINRARA, PUCHONG!

Seperti yang dikhabarkan melalui blog MUZIKfm sebelum ini muzik10 di lokasi Giant Kinrara, Puchong berlangsung pada 25 Oktober 2009 hari Ahad yang lalu, meriah dengan kehadiran kru MUZIKfm bersama persembahan istimewa artis-artis undangan iaitu Ramlah Ram, Fazley, Chaq dan juga Azizi masing-masing mendendangkan lagu hits mereka yang tersenarai dalam carta muzik10 @MUZIKfm.


Paling menyeronokan ialah aksi penonton yang hadir di Puchong yang telah mengikuti setiap gameshow dan aktiviti yang dikelolakan oleh DJ MUZIKfm seperti Odey, Muaz, Ady dan K-Roll. Rata-rata penonton begitu sporting meniru aksi penyanyi undangan dan bergelek sakan dengan lagu dangdut! Memang hebat para penonton muzik10 di lokasi Giant Kinrara, Puchong kali ini. Pelbagai hadiah hebat telah dimenangi penonton yang terlibat sumbangan pihak Giant, Artis terlibat dan MUZIKfm sendiri. Terima kasih di atas sokongan anda!


LIHAT GAMBAR muzik10 - GIANT BANDAR KINRARA
klik pada GAMBAR

Monday, October 26, 2009

SEKITAR SESI PHOTOSHOOT AKHIR TAHUN MUZIKfm


Baru-baru ini telah diadakan sesi bergambar melibatkan kesemua kru MUZIKfm bagi penerbitan
kalender 2010 MUZIKfm... 

Berikut adalah antara pose-pose menarik yang sempat dirakamkan...

Saksikan aksi-aksi menarik mereka ;)