muzik10 CARREFOUR - 8/5/2010

Monday, July 6, 2009

Riuh Sakang MUZIKfm

MUZIKfm akan masuk kampung... Kru MUZIKfm akan bergerak ke Kampung teluk Ketapang, Kuala Terengganu 9 Julai 2009 untuk aktiviti 'Riuh sakang MUZIKfm' di Kampung Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancankan bertsama dengan penduduk kampung Teluk Ketapang antaranya sukan rakyat, mencandat sotong, pentas hiburan, pameran dan jualan serta beberapa aktiviti lain.  beberapa orang artis terkenal tanahair akan turut serta dalam Riuh Sakang MUZIKfm. Nantikan Riuh Sakang MUZIkfm di kampung Teluk Ketapang, Kuala Terengganu.

DJ STARZ MUZIKfm

Cepat....!!!! Ini merupakan hari terakhir untuk anda menjadi salah seorang daripada warga MUZIKfm menerusi DJ STARZ MUZIKfm. Anda cuma perlu hadir dan buat audition terbuka / walk-in di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Bawa bersama resume dan gambar berukuran passport. Ingat anda mestilah berumur antara 18 hingga 28 tahun. Mesti berperwatakan menarik, berilmu, petah bercakap dan kelebihan bagi anda yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik serta pandai bermain alat muzik atau menyanyi. jangan lepaskan peluang ini.