muzik10 CARREFOUR - 8/5/2010

Monday, December 14, 2009

LOLA CHENTA MENAMATKAN ZAMAN BUJANG BERSAMA KEKASIH HATINYA, ADIET KAY

Majlis Persandingan Berlangsung Meriah di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Dj Muzikfm yang terkenal menerusi segmen Kafe Muzik yang keudara setiap hari Isnin - Jumaat, pukul 10 pagi-2 petang, Lola Chenta mengadakan majlis perkahwinan pada Hari Ahad, 13 Disember 2009 bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.


Pernikahannya berlangsung 2 hari sebelumnya pada Hari Jumaat 11 Disember 2009. Dj Odey dan juga teman baik Chenta dari Kafe Muzik, Dj Hanna bertindak sebagai Pengacara Majlis pada hari yang berbahagia tersebut. Majlis diserikan dengan Dj Azura Lisa menyumbangkan 2 buah lagu, "Kita ke akhirnya" dan "Kemarau Cinta" (atas permintaan pengantin sendiri). Acara kemuncak selepas memotong kek, Chenta dan Adiet turut menghiburkan tetamu dengan mendendangkan lagu, "Terlanjur Cinta". Jelas Keceriaan dan kebahagian terpancar di wajah kedua-dua pengantin baru ini.

Buat semua pendengar Muzikfm dan teristimewa buat peminat Chenta, inilah photo-photo menarik sepanjang hari Persandingan tersebut yang diserikan dengan kehadiran saudara-mara, sahabar handai kedua pengantin serta Pengurus dan rakan-rakan Chenta di Muzikfm.

Tahniah buat Chenta dan Adiet. Semoga perkahwinan mereka berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat :D


                                                                                                                                                         zk/09