muzik10 CARREFOUR - 8/5/2010

Tuesday, June 30, 2009

Jom Boling MUZIKfm... di KK

Wowww... antara aktiviti yang turut akan diadakan bersempena dengfan Karnival dan Konsert Rakan Semua 1 Malaysia MUXZIKfm ialah Jom Boling MUZIKfm. Artis dan DJ-DJ MUZIKfm akan bermain boling di Centre Point Kota Kinabalu pada 5 Julai 2009. Pelbagai hadiah menarik juga telah disediakan untuk anda doi lokasi tersebut. untuk menyertai Jom Boling MUZIKfm anda kena dengar MUZIKfm untuk mengetahui cara-cara menyertai aktiviti tersebut. Inilah peluang untuk anda bermain boling bersama dengan artis-artis dan DJ-DJ MUZIKfm....

Karnival & Konsert Rakan Semua MUZIKfm

Gempakkk beb... karnival dan Konsert Rakan Semua 1 Malaysia MUZIKfm akan diadakan di Perkarangan Stadium Likas, Kota Kinabalu. Karnival akan bermula 3 Julai dan berakhir 5 julai 2009 dari jam 10 pagi hingga 11 malam. Manakala konsert akan diadakan pada 4 Julai 2009 jam 8.30 malam di perkarangan Stadium Likas, Kota Kinabalu. pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda di Karnival tersebut, antaranya anda boleh bertemu dan bermesra dengan DJ-DJ MUZIKfm dan juga artis-artis yang turut serta. Antara artis yang terlibat dalam konsert tersebut ialah Mus may, Faizal Tahir, Aizat, Azharina, Felix dan Marsha. Temui artis-artis dan DJ-DJ MUZIKfm di gerai MUZIKfm di Karnival dan Konsert Rakan Semua 1 Malaysia MUZIKfm.

DJ STARZ MUZIKfm... walk-in audition

DJ STARZ MUZIKfm telahpun tutup tarikh penyertaannya. Banyak penyertaan yang kita terima kahsnya dari luar Kuala Lumpur termasuk juga dari Sabah dan Sarawak. Meskipun demikian sebagai memenuhi permintaan pendengar MUZIKfm yang sebahagian daripada mereka tidak sempat menghantar demo perlanjutan tempoh penyertaan telah dipersetujui dan untuk itu pada 7 Julai 2009 hari Selasa MUZIkfm akan membuat audition terbuka / walk-in audition khas untuk peserta di Kuala Lumpur dan di lembah Klang. Bawa bersama resume dan gmabar berukuran passport.

Audition DJ STARZ MUZIKfm

Tarikh   :   7 Julai 2009 / Selasa

Masa   :   9 pagi - 4 petang

Tempat   :   Auditorium P. Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri.

Syarat-syarat tetap tidak berubah. jadi inilah peluang yang harus anda rebut bagi yang terlepas sebelum ini.