muzik10 CARREFOUR - 8/5/2010

Friday, June 12, 2009

Lagi pasal DJ Starz MUZIKfm...

Alaaa... senang jer bagi yang tinggal berdekatan dengan kawasan Kuala Lumpur... contohnya kat area Putrajaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Kajang atau kawasan-kawasan berdekatan yang lain resume dan demo tape / demo cd tu hantar 'by hand' jer lagi senang...

hadiah!!! hadiah!!! hadiah..... gempak gak!!!

Ni nak bagi hadiah kat you all semua....

You all tau tak...? Cik J..... he he he sorry bukan lah... haaa DJ Hanna ler, tadi sembang-sembang katenyer dia tengah sibuk cari sponsor hadiah untuk awak semua.... hadiah mmmmm nak cakap ke tak nak cakap eekkkk....? Mmmmm tak per ler nanti i bagitau kat awak semua... yang pentingnya DJ Hanna tengah berusaha nak dapatkan hadiah tu untuk segmen kafemuzik.... haaiiiii untuk saper lagiiii..... untuk  yang dengar kafemuzik..... dapat hadiah nanti... he hehe.. Si Muaz dan Azura lak apa kurangnyer dia orang pun ada hadiah gak dalam segmen muzikpagi... duit seratus hengget(RM100) tau... sapa nak bagi free... he he he tapi kita bagi free untuk anda tapi dengan syarat awak semua kena teka ler nama/tajuk dan penyanyi nyer... mudah jer tu yooobbbbbb!!!! Jadi nak hadiah dengar muzikfm...

Aktivtiti MUZIKfm

Minggu depan MUZIKfm nak bersantai kat Giant Shah Alam, Selangor untuk muzik10 di Lokasi. Artis yang turut serta ialah Grey Sky Morning(GSM), Boy, Aiman dan Nikki, antara artis yang lagu mereka tersenarai dalam senari carta muzik10@MUZIKfm. Kata penerbit bermacam-macam hadiah disediakan oleh diberikan kepada pendengar semasa aktiviti tersebut nanti. Maknanya kalau terlepas peluang rugi juga he he he he he..... kata penerbit lagi kalau nak hadiah tu kena ikut serta dalam kuiz mudah yang dianjurkan kuiz yang 100% anda akan menang dan dapat hadiah. Ala Giant Shah Alam dekat jerrr... datang eekkkk jangan tak datang!!!!!

muzikfm

Bila orang tanya......

Pasal DJ Starz MUZIKfm...

Hello... nak tanya pasal DJ Starz MUZIKfm? Itu soalan yang sering kita terima dari pendengar dan ada yang bertanya nak ikut serta macam mana? Lalu saya jawab... cukup syarat iaitu 18 tahun - 28 tahun.... rasa-rasa diri berbakat hantarkan demo tape atau demo cd. Dia tanya lagi.... saya ni tak ada ijazah, bagaimana? Saya jawab hantar je... Yang penting awak hantar resume dan demo tape atau demo cd awak, kita nak nilai.
Apa pun syarat-syarat asas untuk menyertai DJ Starz MUZIKfm telah kami masukkan dalam blog ini dan juga laman sesawang / laman web MUZIKfm - www.muzikfm.com.my. Jangan lupa hantarkan demo tape/cd dan resume anda ke alamat pos MUZIKfm atau emailkan saja ke alamat email muzikfmblog@gmail.com.my.
Oooppppsss maaf... tarikh tutupnya 30 jun 2009. Maknanya anda masih punya ruang dan peluang untuk turut serta!!!

Monday, June 8, 2009

DJ STARZ '09 MUZIKfm... pencarian DJ MUZIKfm

Pencarian DJ... Anda yang kami cari...

Peluang kepada anda yang berminat untuk menjadi seorang DJ. Program realiti ini khas untuk anda yang berbakat, berilmu dan berperwatakan menarik. Sahut cabaran ini sekiranya anda ;

1.   Warganegara Malaysia.

2.   Berumur antara 18 hingga 28 tahun.

3.   Berperwatakan menarik dan berbakat untuk menjadi seorang DJ.

4.   Sedia menyahut cabaran..

Andalah yang kami cari...

Kami perlukan resume anda serta hantarkan demo tape / cd /vcd anda kepada kami melalui email muzikfmblog@gmail.com atau hantar melalui pos ke alamat

MUZIKfm

Aras 2 Utara, Wisma Radio,

Angkasapuri

50740 Kuala Lumpur.

Untuk keterangan lanjut layari laman web muzikfm www.muzikfm.com.my atau hubungi talian 03 2288 7561 / 2288 7218 / 2288 7287 / 2288 7275.

Penyertaan adalah dibuka kepada anda yang suka kepada cabaran bidang penyiaran dan tarikh tutup ialah pada 30 Jun 2009. Jangan lepaskan peluang ini.


Sunday, June 7, 2009

Laman sesawang MUZIKfm... sudah OK !!!!

Laman sesawang (website) MUZIKfm - www.muzikfm.com.my diceroboh oleh hackers seminggu yang lalu telah beroperasi seperti biasa. Anda boleh mendapatkan maklumat lain mengenai MUZIKfm terus menerusi laman web www.muzikfm.com.my. Untuk maklumat atau aktiviti terkini MUZIKfm anda boleh terus ke pautan Aktiviti Tterkini MUZIKfm. selamat melayari laman sesawang MUZIKfm. Terima kasih atas sokongan anda.