muzik10 CARREFOUR - 8/5/2010

Thursday, December 3, 2009

Siapakah Gadis Misteri Ini?



Anda semua, cuba teka siapakah gerangan gadis manis ini? Ha...inilah DJ baru yang telah menyertai keluarga Muzikfm. DJ Az yang bakal menyerikan lagi Muzikfm. Kalau hendak diikutkan pengalaman, Az bukanlah baru dalam bidang ini kerana sebelum ini beliau merupakan DJ di Stesen Negeri RTM iaitu Kedahfm selama 5 tahun tetapi baru sahaja menyertai Muzikfm sejak November 2009 lalu.

Buat pendengar setia Muzikfm anda boleh mendengar suara Az yang sekarang inipun telah mula berkumandang menerusi Segmen Kafe Muzik, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 pagi - 2.00 petang bersama DJ-DJ Hanna, Chenta dan Zima.

DJ Az sendiri berharap semua pendengar akan memberikan sokongan buatnya dan Muzikfm .
Jutaan Terima kasih buat anda semua.

Monday, November 30, 2009

ROCK SELAMBA@MUZIKfm






KUIZ ROCK SELAMBA 
J. BOVIER & NSR 



  


Bermula 30/11/2009 hingga 18/12/2009,  ANDA berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat! Keseluruhan hadiah bernilai RM3,500.00. Dengarkan ROCK SELAMBA (Isnin-Jumaat, dari jam 2.00ptg-5.00ptg) di MUZIKfm!!

Hadiah untuk Kuiz Terkumpul.
Hadiah Pertama : Jam Tangan J. Bovier bernilai RM700, CD Box dan Hamper sumbangan NSR
Hadiah Kedua : Jam Tangan J. Bovier bernilai RM600, CD Box dan Hamper sumbangan NSR
Hadiah Ketiga : Jam Tangan J. Bovier bernilai RM500, CD Box dan Hamper sumbangan NSR

Hadiah Kuiz Harian 
Selain hadiah untuk Kuiz Terkumpul kami sediakan untuk anda hadiah harian. Memenangi HADIAH HARIAN berupa CD Box bernilai RM70 (seorang pemenang setiap hari!!)

Bertemankan Bro RIDZ dan K-ROLL, terus dengarkan ROCK SELAMBA di MUZIKfm.. OK jugak tu!!! :)

Hadiah adalah sumbangan ;
J. Bovier
NSR (New Southern Records) 

Terima kasih J. Bovier dan NSR. 

MUZIK10 di Lokasi @MYDIN USJ1



Jangan ketinggalan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik daripada MUZIKfm, artis-artis dan penaja-penaja kami!!!

Kali ini MUZIK10 di Lokasi kembali lagi bersama artis-artis hebat - DAFI, NIKKI, FARAWAHIDA, NUBHAN, HAZAMI dan CHAQ!!! 

Di mana ya???

Hmmm...pastikan temujanji anda bersama-sama kami di:-

Lokasi : MYDIN USJ 1, SUBANG JAYA, SELANGOR.
Tarikh : 6 DISEMBER 2009 (AHAD)
Masa   : 2.00 PETANG

Jangan lupa!!! Jumpa anda di sana!!! :)