muzik10 CARREFOUR - 8/5/2010

Wednesday, June 17, 2009

Rock Selamba...

Rock bebeh...!! Semalam... yesterday...kelmaren... mmmm apa lagi...? DJ K-Roll sorang-sorang DJ Ridz kurang sihat...cian Ridz... Ridz dah jumpa doktor n dah dapat ubat pun... he he he. Bukan nak citer pasal tu cuma nak cakap pasal sub segmen SS (Suara Siapa) semalam, Band Kamikaze yang dijemput... seronok juga dapat dengar citer terbaru dari Kamikaze... Petang ni apa plak citer dalam Rock Selamba? Reporter Rock ler petang ni... nak tahu coiter lebi lanjut lagi dengarlah Rock Selamba.  Lagu....? Lagu macam-macam adaaaa.... nak heavy metal, rock n roll, power metal, progressive metal, gothic metal, symphonic metal, celo rock, viking metal, folk metal, folk viking metal, avant-garde metal, symphonic avant-garde metal, rudra, alternative, indie, tranz metal dan macam-macam metal lagi ler..... mmm macam-macam metal tu lagu jenis apa ekkk? Apapun nak tau dengar Rock Selamba jer ler lagi afdal 2 hingga 5 petang Isnin hingga Jumaat.

Jumpa di Giant Seksyen 13 Shah Alam..

muzik10 di lokasi akan berada di Giant Seksyen 13 Shah Alam hujung minggu ini... hari Ahad laaaa... Antara artis yang akan turut serta ialah Grey Sky Morning (GSM), Aiman, Boy dan Nikki. Banyak aktiviti santai dan games show telah dirancang untuk semua. Pelbagai hadiah menarik juga akan disediakan untuk anda yang hadir dan turut serta dalam aktiviti tersebut.... Selain itu beramah mesra dengan DJ DJ MUZIKfm... 

... DJ Starz... peluang anda masih terbuka.

Terima kasih... penyertaan ayang memberangsangkan. Dah banyak yang kita terima resume dan demo... Ramai juga yang tanya macam mana cara nak menyertai terutamanya yang dari Sabah dan Sarawak. Yang penting sekali ialah anda warganegara Malaysia berumur 18 - 28 tahun, berperwatakan menarik, berbakat sebagai seorang DJ, berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris dan pandai bermain alat muzik serta boleh menyanyi adalah satu kelebihan. caranya mudah sahaja, anda rakam suara(buat macam dj ler.... kalau pandai nyanyi ker main gitar ker, rakam gak.. he he he he..) dah rakam tu hantar kat kita di MUZIKfm. Jangan lupa sertakan sekali resume anda. Anda hantar guna pos boleh, attach kat email pun boleh atau melalui yiutube atau mana-mana saluran media yang sesuai dan boleh kami dengar.... ok kan. Jadi bertindak segera sebelum tarikh tutup 30 Jun 2009.

Monday, June 15, 2009

DJ STARZ MUZIKfm... peluang untuk anda menjadi DJ!!

DJ STARZ ’09 MUZIKFM

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.  Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 hingga 28 tahun.

2.  Berperwatakan menarik, mempunyai bakat dan berkebolehan untuk menjadi seorang DJ(boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, boleh menyanyi atau bermain peralatan muzik adalah menjadi kelebihan).

3.  Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk demo tape / cd /vcd / dvd / format audio mp3 yang mengandungi persembahan DJ dan juga persembahan lain seperti menyanyi, bermain peralatan muzik lain atau mungkin persembahan lain selain daripada persembahan DJ.

4.  Peserta hendaklah tidak terikat dengan pekerjaan tetap samada dalam perkhidmatan awam atau swasta.

5.  Penyertaan keseluruhan akan disenarai pendek menjadi:
i. 50 peserta terbaik
ii. 20 peserta terbaik
iii. 10 peserta terbaik (dengan mentor)
iv. 5 peserta terbaik dan (dengan mentor)
v. Akhir 3 peserta terbaik. (dengan mentor)

6. Pemilihan bagi 10, 5 dan 3 peserta terbaik akan diadili oleh juri tetap, juri awam dan undian sms.
i. Juri tetap - 40 peratus
ii. Juri awam - 20 peratus
iii. Undian SMS - 30 peratus
iv. Komitmen dan disiplin - 10 peratus

7.  Setiap peserta dikehendaki menyiapkan tugasan yang di beri mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh penganjur.

8.  10 peserta terbaik akan dibimbing oleh seorang mentor untuk membantu peserta ke peringkat seterusnya. 

9.  Pemenang untuk DJ Starz akan diberi peluang untuk bertugas di Stesen MUZIKfm sebagai DJ (kontrak) untuk tempoh yang akan ditetapkan oleh stesen MUZIKfm(sekurang-kurangnya setahun).

10.  Semua kos pengangkutan akan ditanggung sendiri oleh peserta dari mula hingga akhir kecuali untuk aktiviti Radio Di Lokasi yang ditetapkan oleh penganjur. 

11. Sebarang kemalangan, kecederaan, kematian atau apa-apa insiden yang berlaku kepada peserta adalah tanggungjawab peserta itu sendiri. 


12. Hadiah

DJ Starz (Terbaik / Juara) : Wang tunai
                                              Hadiah iringan yang menarik

2 peserta akhir terbaik : Wang tunai
                                         Hadiah Saguhati

13.  Resume serta demo yang lengkap hendaklah dihantar kepada

MUZIKfm
Aras 2 Utara, Wisma Radio,
Angkasapuri,
50740 Kuala Lumpur.


Tarik Tutup Penyertaan : 30 Jun 2009 

Syarat-syarat ini tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa  yang dibuat oleh penganjur.


MUZIKfm
Jabatan Penyiaran Malaysia
Kuala Lumpur.