muzik10 CARREFOUR - 8/5/2010

Saturday, December 26, 2009

MENANGI BAUCER MAKAN BERSAMA KAFE MUZIK

Dengar Kafe Muzik setiap Isnin - Jumaat, 10.00 pagi - 2.00 petang dan menangi baucer makan untuk 2 orang di Kuala Lumpur International Hotel sepanjang Januari 2010. Anda hanya perlu hantar kata laluan yang diberikan beserta butiran diri anda.

Baucer menu ENAK SUNGGUH...! ini dibawakan oleh:-


                                                                   
dengan kerjasama:-


http://www.kl-internationalhotel.com/


                                                                                                                                               zk/09

Monday, December 14, 2009

LOLA CHENTA MENAMATKAN ZAMAN BUJANG BERSAMA KEKASIH HATINYA, ADIET KAY

Majlis Persandingan Berlangsung Meriah di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Dj Muzikfm yang terkenal menerusi segmen Kafe Muzik yang keudara setiap hari Isnin - Jumaat, pukul 10 pagi-2 petang, Lola Chenta mengadakan majlis perkahwinan pada Hari Ahad, 13 Disember 2009 bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.


Pernikahannya berlangsung 2 hari sebelumnya pada Hari Jumaat 11 Disember 2009. Dj Odey dan juga teman baik Chenta dari Kafe Muzik, Dj Hanna bertindak sebagai Pengacara Majlis pada hari yang berbahagia tersebut. Majlis diserikan dengan Dj Azura Lisa menyumbangkan 2 buah lagu, "Kita ke akhirnya" dan "Kemarau Cinta" (atas permintaan pengantin sendiri). Acara kemuncak selepas memotong kek, Chenta dan Adiet turut menghiburkan tetamu dengan mendendangkan lagu, "Terlanjur Cinta". Jelas Keceriaan dan kebahagian terpancar di wajah kedua-dua pengantin baru ini.

Buat semua pendengar Muzikfm dan teristimewa buat peminat Chenta, inilah photo-photo menarik sepanjang hari Persandingan tersebut yang diserikan dengan kehadiran saudara-mara, sahabar handai kedua pengantin serta Pengurus dan rakan-rakan Chenta di Muzikfm.

Tahniah buat Chenta dan Adiet. Semoga perkahwinan mereka berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat :D


                                                                                                                                                         zk/09

Friday, December 11, 2009

Anugerah Bintang Popular - Berita Harian (ABPBH) 2009

Anugerah tahunan yang menghimpunkan bintang-bintang popular Industri Seni Tanahair iaitu Anugerah Bintang Popular  - Berita Harian (ABPBH) 2009 bakal berlangsung tidak lama lagi,  Pendengar Muzikfm juga boleh mengundi 8 orang DJ Muzikfm yang turut tercalon bagi Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.


Azura dan Muaz (Muzik Pagi)

Istimewa buat DJ Muzik Pagi, Azura Lisa Aziz yang telah melancarkan EP pertamanya beberapa bulan yang lalu berjudul, "Kita Ke Akhirnya ".  Selain kategori Penyampai Radio Wanita Popular, Azura turut tersenarai dalam kategori Artis Wanita Baru Popular dan Penyanyi Wanita Popular.


             Ridz (Rock Selamba)                  Sheila dan Ady (Pilihan Bersama)


                                         Hanna dan Chenta (Kafe Muzik)        K-Roll (Rock Selamba)

Undian boleh dibuat melalui SMS dan Akhir Berita Harian setiap hari.
Maklumat lanjut sila rujuk Berita Harian (Penganjur ABPBH- 2009). Terima kasih.
                                                                                                                                                        ZK/09

Thursday, December 3, 2009

Siapakah Gadis Misteri Ini?



Anda semua, cuba teka siapakah gerangan gadis manis ini? Ha...inilah DJ baru yang telah menyertai keluarga Muzikfm. DJ Az yang bakal menyerikan lagi Muzikfm. Kalau hendak diikutkan pengalaman, Az bukanlah baru dalam bidang ini kerana sebelum ini beliau merupakan DJ di Stesen Negeri RTM iaitu Kedahfm selama 5 tahun tetapi baru sahaja menyertai Muzikfm sejak November 2009 lalu.

Buat pendengar setia Muzikfm anda boleh mendengar suara Az yang sekarang inipun telah mula berkumandang menerusi Segmen Kafe Muzik, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 pagi - 2.00 petang bersama DJ-DJ Hanna, Chenta dan Zima.

DJ Az sendiri berharap semua pendengar akan memberikan sokongan buatnya dan Muzikfm .
Jutaan Terima kasih buat anda semua.

Monday, November 30, 2009

ROCK SELAMBA@MUZIKfm






KUIZ ROCK SELAMBA 
J. BOVIER & NSR 



  


Bermula 30/11/2009 hingga 18/12/2009,  ANDA berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat! Keseluruhan hadiah bernilai RM3,500.00. Dengarkan ROCK SELAMBA (Isnin-Jumaat, dari jam 2.00ptg-5.00ptg) di MUZIKfm!!

Hadiah untuk Kuiz Terkumpul.
Hadiah Pertama : Jam Tangan J. Bovier bernilai RM700, CD Box dan Hamper sumbangan NSR
Hadiah Kedua : Jam Tangan J. Bovier bernilai RM600, CD Box dan Hamper sumbangan NSR
Hadiah Ketiga : Jam Tangan J. Bovier bernilai RM500, CD Box dan Hamper sumbangan NSR

Hadiah Kuiz Harian 
Selain hadiah untuk Kuiz Terkumpul kami sediakan untuk anda hadiah harian. Memenangi HADIAH HARIAN berupa CD Box bernilai RM70 (seorang pemenang setiap hari!!)

Bertemankan Bro RIDZ dan K-ROLL, terus dengarkan ROCK SELAMBA di MUZIKfm.. OK jugak tu!!! :)

Hadiah adalah sumbangan ;
J. Bovier
NSR (New Southern Records) 

Terima kasih J. Bovier dan NSR. 

MUZIK10 di Lokasi @MYDIN USJ1



Jangan ketinggalan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik daripada MUZIKfm, artis-artis dan penaja-penaja kami!!!

Kali ini MUZIK10 di Lokasi kembali lagi bersama artis-artis hebat - DAFI, NIKKI, FARAWAHIDA, NUBHAN, HAZAMI dan CHAQ!!! 

Di mana ya???

Hmmm...pastikan temujanji anda bersama-sama kami di:-

Lokasi : MYDIN USJ 1, SUBANG JAYA, SELANGOR.
Tarikh : 6 DISEMBER 2009 (AHAD)
Masa   : 2.00 PETANG

Jangan lupa!!! Jumpa anda di sana!!! :)

Monday, November 16, 2009

Terima kasih abang John... :D

MUZIKfm hari ini mengadakan majlis perpisahan buat salah seorang orang kuat di sini - En Rabudin Rais atau lebih mesra dengan panggilan 'ABANG JOHN.'

Majlis yang diadakan secara ringkas namun meriah itu, turut disertai oleh semua kakitangan MUZIKfm, serta pengurusnya, Pn Fee.

Untuk makluman, Abg John telah berkhidmat selama 10 tahun di bahagian Pentadbiran MUZIKfm. Sesungguhnya sifat beliau yang ramah dan suka berjenaka tentunya akan dirindui oleh semua warga kerja di sini.

Kepada Abg John, kami, seluruh warga kerja MUZIKfm mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA dan semoga berbahagia di tempat kerja baru nanti :D 

Monday, November 9, 2009

MUZIKFM DI LAMAN BUDAYA RAKYAT, DATARAN MERDEKA

Pada 7 November 2009 (Sabtu)bertempat di Laman Budaya Rakyat, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kali ini giliran Muzikfm mengadakan DJ Corner iaitu salah satu aktiviti mingguan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di samping pelbagai agensi lain kementerian.




































Krew Muzikfm terdiri daripada Azaril Ameer selaku Penerbit DJ Corner, Zima Shariza, Azura Lisa, Odey dan Zahrah serta Lynn Zainol yang telah kembali menyertai Muzikfm. Turut serta memberi sokongan Pn. Fee, Pengurus Muzikfm. Selain DJ Corner kami turut membuka gerai jualan T-Shirt Muzikfm yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat dan orang ramai. Peminat bertuah berpeluang membuat permintaan lagu menerusi segmen Pilihan Bersama pada Hari Rabu, 11 November 2009 bersama DJ Odey!

Terima kasih di atas sokongan anda!

Thursday, October 29, 2009

GEGAR GENERASIKU!!!!!!!

Haaa...terkini @MUZIKfm...


Anda peminat kumpulan INDIE???

Jom datang beramai-ramai, ajak kawan-kawan,sedara-mara, adik-beradik dan semua yang anda kenallah untuk memeriahkan program GEGAR GENERASIKU di Padang Semarak, Angkasapuri, Kuala Lumpur, dari jam 9.00pg-12.00t/mlm.












Peluang untuk anda saksikan persembahan LIVE daripada BUNKFACE, ONE NATION EMCEES, PESAWAT, ESTRANGED, AIZAT dan ramai lagi....

Turut diadakan pameran kenderaan bermotor, pemberian topi kaledar percuma oleh pihak JKJR, pertandingan tarian SHUFFLE, ujibakat pengacara TV, pertandingan tarik tali, dan banyak lagi!!!


Paling menarik, krew-krew MUZIKfm akan turut memeriahkan program tersebut..Peluang untuk anda dapatkan pelbagai cenderamata daripada kami, ada juga hadiah LUMAYAN bagi pemenang pertandingan KARAOKE, kuiz dan macam-macam lagi..

Jadi, apa tunggu lagi...jom sertai kami di GEGAR GENERASIKU!!!!

Jumpa anda di sana!!!

Wednesday, October 28, 2009

KEMERIAHAN muzik10 DI LOKASI GIANT KINRARA, PUCHONG!

Seperti yang dikhabarkan melalui blog MUZIKfm sebelum ini muzik10 di lokasi Giant Kinrara, Puchong berlangsung pada 25 Oktober 2009 hari Ahad yang lalu, meriah dengan kehadiran kru MUZIKfm bersama persembahan istimewa artis-artis undangan iaitu Ramlah Ram, Fazley, Chaq dan juga Azizi masing-masing mendendangkan lagu hits mereka yang tersenarai dalam carta muzik10 @MUZIKfm.


Paling menyeronokan ialah aksi penonton yang hadir di Puchong yang telah mengikuti setiap gameshow dan aktiviti yang dikelolakan oleh DJ MUZIKfm seperti Odey, Muaz, Ady dan K-Roll. Rata-rata penonton begitu sporting meniru aksi penyanyi undangan dan bergelek sakan dengan lagu dangdut! Memang hebat para penonton muzik10 di lokasi Giant Kinrara, Puchong kali ini. Pelbagai hadiah hebat telah dimenangi penonton yang terlibat sumbangan pihak Giant, Artis terlibat dan MUZIKfm sendiri. Terima kasih di atas sokongan anda!


LIHAT GAMBAR muzik10 - GIANT BANDAR KINRARA
klik pada GAMBAR

Monday, October 26, 2009

SEKITAR SESI PHOTOSHOOT AKHIR TAHUN MUZIKfm


Baru-baru ini telah diadakan sesi bergambar melibatkan kesemua kru MUZIKfm bagi penerbitan
kalender 2010 MUZIKfm... 

Berikut adalah antara pose-pose menarik yang sempat dirakamkan...

Saksikan aksi-aksi menarik mereka ;)





Wednesday, October 14, 2009

MUZIK10 DI LOKASI KEMBALI LAGI!!!

Setelah berehat seketika di bulan Ramadan...

Muzik10 di lokasi kembali lagi!!!! Mari memeriahkan suasana dan temui krew serta DJ Muzikfm yang akan bersama-sama anda di lokasi berikut:-

Lokasi : Giant Kinrara, Puchong
Tarikh : 25 Oktober 2009 (Ahad)
Masa : 2.00-4.30 petang.

Sertai gameshow dan kuiz kami bagi peluang anda memenangi goodies bag dan hadiah istimewa daripada Muzikfm, Giant dan artis yang akan turut serta menghiburkan anda seperti Fazley, Ramlah Ram, Chaq dan Azizi!!



Pastikan temujanji anda bersama kami. Jangan lupa ha!












Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H


(sila klik pada gambar untuk paparan imej yang lebih jelas)


Warga kerja Radio Malaysia MUZIKfm mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...


Di hari raya nanti, sambil pulang berhari raya, jangan lupa untuk meriahkan Hari Raya anda tahun ini, dengan program-program kami... :D

Hari Raya Pertama
10.00pg - 2.00ptg : DUIT RAYA @MUZIKfm
2.00ptg : JOM RAYA @MUZIKfm

Hari Raya Kedua
10.00pg - 2.00 ptg : DUIT RAYA @MUZIKfm
2.00ptg : JOM RAYA @MUZIKfm

Hari Raya Ketiga
10.00pg - 2.00ptg : DUIT RAYA @MUZIKfm


***Peluang juga dibuka kepada semua pendengar untuk menghubungi kami, samada melalui sms (Taipkan SMS<>Nama,Ucapan Hari Raya<>Hantarkan ke 32776 @ Hubungi talian ceria kami:03-22887676) untuk menyampaikan ucapan kepada yang tersayang.***

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!!

Tuesday, August 11, 2009

DJ STARZ MUZIKfm....Tiada Penyingkiran.

Minggu ini DJ STARZ MUZIKfm tiada penyingkiranh lagi. Rasanya apa yang mereka persembahkan di Sungai Petani mampu meraih markah baik untuk mereka berlima bertahan. Mara ke peringkat seterusnya dan bersaing untuk gelaran Juara...? Secara keseluruhannya semua mereka ada kelebihan tersendiri dan juga ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Tahniah Een, Nizam, Dila, Zarul dan Fahim. Untuk membantu mereka mendapat gelaran Juara DJ STARZ MUZIKfm undian anda adalah diperlukan. perlu diingatkan juga yang bukan markah SMS sahaja yang diambilkira.... malah keselruhan terutamanya markah dalam tugasan yang telah diberikan.

Monday, August 10, 2009

Inilah wajah-wajah yang memaparkan gelora perasaan DJ STARZ MUZIKfm ketika menanti keputusan penyingkiran minggu lalu. Untuk minggu ini kita nantikan sekembalinya mereka dari Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah... Apakah kesudahannya... apakah kemuraman wajah ini akan berterusan atau bertukar ceria dan gembira...






Di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah mereka perlu menyelesaikan tugasan 'menari atau menyanyi' dalam rakaman program Jom Raya @ MUZIKfm. Rakamannya rancangan tersebut akan dibuat malam ini (10 Ogos 2009). Esok(11 Ogos 2009) mereka akan kembali ke KL dan lusa kita akan ketahui apa cerita kesudahannya. Kita nantikan bersama.

Sekadar untuk imbasan bersama... sewaktu pengumuman keputusan minggu pertama, semuanya dalam keadaan tertekan... siapakah yang akan terkeluar, namun rezeki masih milik mereka semua untuk meneruskan persaingan dalam DJ STARZ MUZIKfm.


Untuk membantu mereka kekal dalam senarai peringkat terakhir DJ STARZ MUZIKfm anda cuma perlu undi mereka dengan menaip VO (jarak) nama DJ STARZ MUZIKfm dan hantar ke 32776. Undian anda aktif 24 jam. Udian sms mewakili 40% jumlah keseluruhan markah untuk DJ STARZ MUZIKfm.

Sunday, August 9, 2009

Keputusan Undian Harian...


Berikut adalah keputusan undian harian DJ STARZ MUZIKfm...

29 Julai 2009

1. Een,   2. Dila,   3. Nizam,   4. Zarul,   5. Fahim

30 Julai 2009

1. Nizam,   2. Dila,   3. Een,   4. Fahim,   5. Zarul

31 Julai 2009

1. Een,   2. Nizam,   3. Dila,   4. Fahim,   5. Zarul

1 Ogos 2009

1. Een,   2. Fahim,   3. Zarul,   4. Dila,   5. Nizam

2 Ogos 2009

1. Een,   2. Fahim,   3. Dila,   4. Zarul,   5. Nizam

3 Ogos 2009

1. Een,   2. Zarul,   3. Fahim,   4. Dila,   5. Nizam

4 Ogos 2009

1. Een,   2. Zarul,   3. Dila,   4. Fahim,   5. Nizam

5 Ogos 2009

1. Een,   2. Zarul,   3. Nizam,   4. Dila,   5. Fahim

6 Ogos 2009

1. Een,    2. Dila,   3. Nizam,   4. Fahim,   5. Zarul

7 Ogos 2009

1. Een,   2. Dila,   3. Nizam,   4. Fahim,   5. Zarul

8 Ogos 2009

1. Een,   2. Dila,   3. Nizam,   4. Zarul,   5. Fahim

9 Ogos 2009

1. Een,   2. Zarul,   3. Fahim,   4. Dila,   5. Nizam

10 Ogos 2009

1. Een,   2. Dila,   3. Fahim,   4. Nizam,   5. Zarul

11 Ogos 2009

1. Een,   2.  Nizam,   3. Zarul,  4. Fahim,   5. Dila

Keputusan ini adalah keputusan undian sms sahaja bukan keputusan keseluruhannya.

Saturday, August 8, 2009

RAKAMAN 'JOM RAYA @MUZIKfm' AKAN DIADAKAN DI RAJAWALI BALLROOM CINTA SAYANG RESORT, SUNGAI PETANI KEDAH

RAKAMAN 'JOM RAYA @MUZIKfm' AKAN DIADAKAN DI RAJAWALI BALLROOM CINTA SAYANG RESORT, SUNGAI PETANI KEDAH, PADA HARI ISNIN 10 OGOS 2009. SELAIN DJ MUZIKfm, MEDIA DAN ARTIS JUGA AKAN DISERTAI OLEH ANAK-ANAK YATIM. LAWAT BLOG jomrayamuzikfm.blogspot.com

DJ Starz Muzikfm semua akan diberikan tugasan di sana dan sepanjang minggu sebelum berangkat ke Sungai Petani..krew muzikfm dan juga DJ Starz sibuk membuat persiapan untuk persembahan di sana.Selain itu artis2 tanahair akan membuat persembahan bersama iaitu One Nation Emcees,Jay Jay,Flava,Fatin(Finalis Bintang RTM pemenang ke-3) dan Amylea.

Jangan lupa untuk mengundi DJ Starz anda kerana 40% undian anda membantu mereka....