muzik10 CARREFOUR - 8/5/2010

Monday, June 15, 2009

DJ STARZ MUZIKfm... peluang untuk anda menjadi DJ!!

DJ STARZ ’09 MUZIKFM

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.  Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 hingga 28 tahun.

2.  Berperwatakan menarik, mempunyai bakat dan berkebolehan untuk menjadi seorang DJ(boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, boleh menyanyi atau bermain peralatan muzik adalah menjadi kelebihan).

3.  Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk demo tape / cd /vcd / dvd / format audio mp3 yang mengandungi persembahan DJ dan juga persembahan lain seperti menyanyi, bermain peralatan muzik lain atau mungkin persembahan lain selain daripada persembahan DJ.

4.  Peserta hendaklah tidak terikat dengan pekerjaan tetap samada dalam perkhidmatan awam atau swasta.

5.  Penyertaan keseluruhan akan disenarai pendek menjadi:
i. 50 peserta terbaik
ii. 20 peserta terbaik
iii. 10 peserta terbaik (dengan mentor)
iv. 5 peserta terbaik dan (dengan mentor)
v. Akhir 3 peserta terbaik. (dengan mentor)

6. Pemilihan bagi 10, 5 dan 3 peserta terbaik akan diadili oleh juri tetap, juri awam dan undian sms.
i. Juri tetap - 40 peratus
ii. Juri awam - 20 peratus
iii. Undian SMS - 30 peratus
iv. Komitmen dan disiplin - 10 peratus

7.  Setiap peserta dikehendaki menyiapkan tugasan yang di beri mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh penganjur.

8.  10 peserta terbaik akan dibimbing oleh seorang mentor untuk membantu peserta ke peringkat seterusnya. 

9.  Pemenang untuk DJ Starz akan diberi peluang untuk bertugas di Stesen MUZIKfm sebagai DJ (kontrak) untuk tempoh yang akan ditetapkan oleh stesen MUZIKfm(sekurang-kurangnya setahun).

10.  Semua kos pengangkutan akan ditanggung sendiri oleh peserta dari mula hingga akhir kecuali untuk aktiviti Radio Di Lokasi yang ditetapkan oleh penganjur. 

11. Sebarang kemalangan, kecederaan, kematian atau apa-apa insiden yang berlaku kepada peserta adalah tanggungjawab peserta itu sendiri. 


12. Hadiah

DJ Starz (Terbaik / Juara) : Wang tunai
                                              Hadiah iringan yang menarik

2 peserta akhir terbaik : Wang tunai
                                         Hadiah Saguhati

13.  Resume serta demo yang lengkap hendaklah dihantar kepada

MUZIKfm
Aras 2 Utara, Wisma Radio,
Angkasapuri,
50740 Kuala Lumpur.


Tarik Tutup Penyertaan : 30 Jun 2009 

Syarat-syarat ini tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa  yang dibuat oleh penganjur.


MUZIKfm
Jabatan Penyiaran Malaysia
Kuala Lumpur.


No comments: