muzik10 CARREFOUR - 8/5/2010

Wednesday, October 28, 2009

KEMERIAHAN muzik10 DI LOKASI GIANT KINRARA, PUCHONG!

Seperti yang dikhabarkan melalui blog MUZIKfm sebelum ini muzik10 di lokasi Giant Kinrara, Puchong berlangsung pada 25 Oktober 2009 hari Ahad yang lalu, meriah dengan kehadiran kru MUZIKfm bersama persembahan istimewa artis-artis undangan iaitu Ramlah Ram, Fazley, Chaq dan juga Azizi masing-masing mendendangkan lagu hits mereka yang tersenarai dalam carta muzik10 @MUZIKfm.


Paling menyeronokan ialah aksi penonton yang hadir di Puchong yang telah mengikuti setiap gameshow dan aktiviti yang dikelolakan oleh DJ MUZIKfm seperti Odey, Muaz, Ady dan K-Roll. Rata-rata penonton begitu sporting meniru aksi penyanyi undangan dan bergelek sakan dengan lagu dangdut! Memang hebat para penonton muzik10 di lokasi Giant Kinrara, Puchong kali ini. Pelbagai hadiah hebat telah dimenangi penonton yang terlibat sumbangan pihak Giant, Artis terlibat dan MUZIKfm sendiri. Terima kasih di atas sokongan anda!


LIHAT GAMBAR muzik10 - GIANT BANDAR KINRARA
klik pada GAMBAR

No comments: