muzik10 CARREFOUR - 8/5/2010

Thursday, December 3, 2009

Siapakah Gadis Misteri Ini?



Anda semua, cuba teka siapakah gerangan gadis manis ini? Ha...inilah DJ baru yang telah menyertai keluarga Muzikfm. DJ Az yang bakal menyerikan lagi Muzikfm. Kalau hendak diikutkan pengalaman, Az bukanlah baru dalam bidang ini kerana sebelum ini beliau merupakan DJ di Stesen Negeri RTM iaitu Kedahfm selama 5 tahun tetapi baru sahaja menyertai Muzikfm sejak November 2009 lalu.

Buat pendengar setia Muzikfm anda boleh mendengar suara Az yang sekarang inipun telah mula berkumandang menerusi Segmen Kafe Muzik, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 pagi - 2.00 petang bersama DJ-DJ Hanna, Chenta dan Zima.

DJ Az sendiri berharap semua pendengar akan memberikan sokongan buatnya dan Muzikfm .
Jutaan Terima kasih buat anda semua.

No comments: